Wednesday, August 10, 2016

JUBAH RAYA HAJI

http://ejaycollection.com/index.php?route=product/product&product_id=61

Wednesday, October 8, 2014

Roti Jala

ROTI JALA



Bahan­bahan :
1) 500 gram tepung gandum
2) 500 ml air
3) 2 biji telur
4) 1 sudu teh serbuk kunyit
5) ½ sudu teh garam
6) Minyak secukupnya
7) Simpulan daun pandan sebagai berus minyak
Cara :
1) Bancuh tepung dengan semua bahan kecuali minyak dalam pengisar dan tapis. 2) Panaskan kuali leper dan Sapu rata permukaan kuali dengan minyak menggunakan daun
pandan. 3) Layangkan adunan dalam cawan roti jala.
4) Setelah selesai angkat dan  lipatkan segi empat atau segi tiga atau boleh juga digulungkan
5) Hidang dengan *gulai daging / ayam.
*GULAI DAGING / AYAM
Bahan­bahan:
1) 250 gram daging atau ½ ekor ayam
2) 2 biji bawang merah
3) 2 ulas bawang putih
4) ½ inci halia
5) 1 inci kulit kayu manis
6) 1 kuntum bunga lawang
7) 2 biji buah pelaga
8) 3 kuntum bunga cengkih
9) ½ cawan santan pekat
10) 2 cawan santan cair
11) 2 biji kentang (potong 8)
12) 1 tangkai daun kari
13) 1 bungkus kecil rempah kari daging
(bancuh dengan ¼ cawan air)
14) 1 sudu makan kerisik
15) 2 sudu makan minyak masak
16) 1 ½ sudu teh garam
Cara:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan daun kari sehingga
wangi. 2) Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit minyak.
3) Masukkan daging/ayam dan kentang. Kacau rata.
4) Masukkan santan cair dan kerisek dan biarkan sehingga mendidih. 5) Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih dan reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
6) Masukkan garam, kcau dan biarkan pekat. Tutup api. Angkat dan hidng bersama roti jala

Kuih Lapis

KUIH LAPIS



Bahan­bahan :
1) 1 ¾ cawan tepung gandum
2) ½ cawan tepung ubi
3) 3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa
4) 1 cawan gula pasir
5) Garam secukup rasa.
6) Pewarna merah
Cara :
1) Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama.
2) Gula dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
3) Masukkan tepung yang telah diayak kedalam santan tadi. Kacau rata supaya tidak
bergentel. Masukkan garam.
4) Adunan tepung di bahagikan dua; satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi di
warnakan merah.
5) Panaskan air kukusan sehingga biar mendidih. Letakkan talam di dalam periuk kukus.
6) Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit (atau separa
masak)
7) Ulangi langkah 6 dengan menggunakan adunan merah.
8) Ulangi langkah 6 dan tujuh sehingga adunan habis.
9) Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk boleh dipotong .

Karipap

KARIPAP


Bahan­bahan :
Bahan Inti :
1) 1 kg kentang/keledek (dipotong
dadu)
2) 600 gram bawang besar
(dipotong dadu)
3) 800 gram daging lembu/ayam
(dipotong dadu)
4) 1 biji bawang besar
5) 3 ulas bawang merah
6) 4 ulas bawang putih
7) 1 inci halia
8) 1 sudu makan jintan manis
9) 1 bungkus serbuk kari
10) ¾ cawan minyak masak
11) 1 batang kulit kayu manis
12) 3 sudu makan besar gula
13) 1 sudu makan garam
14) ½ sudu teh serbukperisa (jika
mahu)
15) 700 ml air
Bahan doh :
1) 1 kg tepung gandum (ayak)
2) 1 sudu makan garam
3) ¾ buku lepa susu
4) 2 biji telur
5) 1 cawan ais
6) 500 ml air
7) ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk
menggoreng)
Cara :
Untuk Inti :
1) Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk
dan goreng hingga garing. Masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga
bergumpal. 2) Masukkan daging/ayam dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa, air dan
kentang/keledek. Biarkan mendidih hingga agak kering. Masukkan bawang dadu dan
kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
Untuk Kulit :
1) Masukkan tepung ke dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. 2) Sementara itu gaul tepung dan telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu atas api
kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul dengan hujung jari hingga
menjadi serbuk roti. Masukkan air ais bergaram sedikit demi sedikit dan gaul hingga jadi
doh. Rehatkan ½ jam. 3) Ambil sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu
makan inti, tutup dan kelim kemas­kemas / gunakan acu karipap untuk menutupnya dan
elakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis. 4) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan. 5) Goreng karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

Friday, October 3, 2014

Donut mini

DONUT MINI




Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 cawan air suam
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (11g)
3 cawan tepung gandum

Cara-caranya:

1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk kecil campurkan gula dan air suam. Biarkan gula larut.
3. Campurkan susu pekat dan kacau rata.
4. Masukkan yis dan  biarkan rehat selama 10 minit 
5. Pukul telur bersama mentega cair tadi. 
6. Campurkan telur ke dalam bancuhan yis tadi. 
7. Tuangkan semua campuran ke dalam tepung.
8. Gaul rata dan biarkan kembang sekali ganda selama 1 jam. 
9. Setelah itu, tumbukkan doh tadi dan uli sekejap.
10.Bentukkan doh mengikut bentuk donut dan rehatkan sekejap selama 30 minit.
11. Goreng donut mini sehingga sedikit keperangan.
12. Bolehlah dihiaskan mengikut citarasa masing-masing. 



Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Bersama Pucuk

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Bersama Pucuk Paku




Bahan-Bahan;

1 kg siput sedut yg telah dicuci bersih dan dipotong hujungnya
2 ikat pucuk paku
1 biji bawang besar -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
2 sudu besar udang kering/ikan bilis -kisar
3/4 inci halia (  jika suka – tak bubuh pun tak apa ) -kisar
6 – 10 biji cili padi -kisar
1 btg serai di titik/diketuk2 sedikit
200 g santan pekat
air secukupnya utk kuah
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak
1. Satukan Siput sedut, santan pekat, air, bahan2 kisar, serbuk kunyit dan serai.
2. Masak hingga mendidih..
3. Bila dah mendidih kena selalu kacau2 kan kuah supaya tak pecah santannya.
4. Masak seketika anggaran dalam 3 minit baru masukkan sayur pucuk paku…
5. Bila pucuk paku telah layu, bubuh garam, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat….

Kepah Goreng Berlada

KEPAH GORENG BERLADA



Bahan-bahan:
1kg kepah - bersihkan
1cm belacan - tumbuk
5-6 biji bawang merah kecik - tumbuk
2-3 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar cili kering mesin/cili boh
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 sudu sos cili
7-8 biji cili padi - diketuk
2 tangkai serai - diketuk
Daun kunyit - hiris setebal 1cm
Bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa.
      
     Cara-Cara:
  1. Tumis serai, cili padi, bahan tumbuk dan cili boh hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula.
  2. Masukkan kepah dan balik-balikkan. Bila hampir masak cengkerang kepah akan terbuka dan mengeluarkan air. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.