Sunday, February 3, 2013

Udang Gulai Dengan Keladi


Akhirnya Udang Gulai Dengan Keladi Menjadi Kenyataan



Dulu saya teringin sangat untuk memasak dan makan Udang Gulai dengan Keladi yang memang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Dah siap semua bahan bahan dan periuk pun dah naik di atas dapur, anak anak balik dari kedai runcit memberi khabar duka. Hahahaha duka lah sebab merata kedai runcit, mereka mencari batang keladi tetapi tak dijumpai.

Tadi semasa ke Village Grocer di Sunway Giza, ternampak ada batang keladi dijual di bahagian sayur sayuran kampung. Apa lagi, saya pun terus mengambil satu ikat batang keladi. Kebetulan masih ada satu pek udang harimau yang terakhir. Lepas ni nak kena order lagi lah udang harimau. Tapi saiznya besar, agak agak dalam RM10 kot seekor kalau di Village Grocer tadi. Balik jer terus masuk dapur dan memasak udang gulai dan keladi. Sedap dimakan dengan nasi putih panas panas. Resepinya boleh rujuk di SINI. Jom kita layan gambarnya ...

Udang Gulai Dengan Keladi

Blend bawang merah, kunyit hidup, lengkuas, rempah ketumbar dan cili kering. Campurkan bahan tumbuk dengan santan secukupnya. Masakkan sehingga agak sebati, masukkan batang keladi.



Bila kuah mendidih, masukkan udang dan asam keping. Kacau rata sehingga udang masak dan keladi lembut. 


Akhir sekali masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan boleh lah diangkat.

No comments:

Post a Comment