Friday, February 1, 2013

Pasta alla Carbonara


Pasta alla Carbonara




Petang ni saya memasak spaghetti alla carbonara walaupun segalanya tidak dirancang, malahan saya pun dah makan malam tadi. Tiba tiba jer rasa nak mencuba resepi carbonara cara omputih lak. Lebih lebih lagi malam tadi dah beli semua bahan yang diperlukan untuk membuat pasta alla carbonara ni.  Biasanya saya masak versi ala ala Melayu gitu.

Rasanya sangat sedap dan memasaknya juga sangat simple dengan bahan bahan yang ringkas sahaja. Jom tengok resepi nya ...

Spaghetti Alla Carbonara

200 gm spaghetti
Daging secukupnya - hiris nipis
Black pepper
Garam
Olive oil
2 biji telur
Sedikit cream
Parmesan cheese
Parsley - hiris halus

Spaghetti dimasak seperti biasa. Masukkan sedikit garam dan minyak ke dalam air untuk merebus spaghetti. Masak mengikut masa yang ditetapkan di bungkusannya.

Panaskan kuali dan letak sedikit olive oil dan masukkan daging. Jika boleh daging yang mempunyai bahagian berlemak sedikit. Bila daging hampir masak, masukkan sedikit coarse black pepper dan garam.

Di dalam bekas lain, pecahkan 2 biji telur. Masukkan sedikit parmesan cheese, sedikit cream, garam dan coarse black pepper dan dipukul dengan garfu.

Angkat spaghetti dan ditapis. Terus masukkan spaghetti ke dalam kuali dan digaul rata bersama daging. Tutup api. Kemudian tuangkan adunan telur ke atas spaghetti dan dikacau cepat cepat supaya telur masak dengan kepanasan spaghetti. 

Bolehlah dihidangkan. Tabur sedikit parmesan cheese dan chopped parsley. Enjoy...

masak daging dengan sedikit olive oil

masukkan garam dan black pepper

pukul telur, cheese, cream, garam dan black pepper dengan garfu

rebus spaghetti mengikut masa ditetapkan

masukkan spaghetti yang ditapis ke dalam kuali dan kacau rata

tuangkan adunan telur dan kacau rata rata hingga bersalut

Taburkan parmesan cheese dan daun parsley

No comments:

Post a Comment