Sunday, February 3, 2013

Acar Timun Mentah


Acar Timun Mentah



 Acar ini adalah antara sayur yang disediakan dalam majlis kenduri kendara di Kelantan. Sangat cepat disediakan dan rasanya pula sedap dan tak menjemukan. Ini adalah antara masakan yang dihidangkan dalam majlis aqiqah di rumah kakak saya semalam.

Acar Timun Mentah

Bahan bahan
Timun
Karot
Cili merah
Bawang besar
1 botol cuka makan
1 kg dan 2 senduk gula
Garam

Masukkan cuka, gula dan  garam dan dikacau hingga hancur.  Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.

bahan diperlukan timun dan karot

campur garam, gula dan cuka hingga hancur sebati


masukkan bawang besar

tuang dalam hirisan timun

masukkan karot dan cili merah

kacau rata

sesuaikan rasa

Udang Goreng Garam Kunyit


Udang Goreng Garam Kunyit





Haa ini satu lagi lauk yang menjadi kegemaran saya dan selalu dimasak sejak di bangku sekolah. My late father menangkap udang di sungai dengan memasang bubu atau dipanggil  "gogoh" yang dimasukkan isi kelapa yang dibakar.  Gogoh itu akan diikat di batang pokok nipah dan dibiarkan semalaman.  Esoknya, gogoh akan diangkat dan banyak lah udang sungai yang diperolehi termasuk udang galah yang besar besar.  Udang udang tersebut hanya dimasak gulai seperti resepi yang saya masak ikan tongkol tadi atau hanya digoreng garam kunyit sahaja. 


Memikirkan apa lauk yang sesuai untuk dimakan bersama gulai ikan tongkol tadi, saya membuat udang goreng garam kunyit.  Caranya mudah dan rasanya sedap.



Udang Goreng Garam Kunyit

Udang dilumur garam dan kunyit
Bawang besar di hiris
Cili hidup dihiris (kalau cili hijau Kelantan, lagi sedap)

Udang digoreng hingga masak, masukkan bawang besar dan cili hidup.  Masak hingga bawang dan cili agak layu. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas panas.




Singgang Tulang Lembu


Singgang Tulang Lembu




Sempena hari raya qorban, saya telah memasak singgang tulang rusuk kerana kebetulan ada kawan yang nak singgah beraya di rumah.  Sebenarnya ini adalah kali pertama pun saya memasak singgang kerana hubby dan anak anak tak berapa menggemarinya.  Jadi apa lagi, talian hayat di Bachok terpaksa digunakan bagi memastikan singgang yang dibuat adalah menepati rasa singgang di Kelantan.

Jom kita layan resepinya.

Singgang tulang lembu

Tulang lembu
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Lengkuas (hiris)
Halia (hiris)
Ketumbar (ditumbuk sedikit)
Asam keping
Cili kering (dipotong)
Garam
Serbuk perasa  

Masukkan kesemua bahan di atas bersama tulang ke dalam periuk dan direbus hingga tulang empuk.  Atau boleh juga direbus tulang terlebih dahulu.  Masukkan garam dan sesuaikan rasanya.



Sup Gear Box


Sup Gear Box







Hari ini saya masak sup gear box atau kalau di Kelantan dipanggil Sup Kaki Lembu, makanan kegemaran saya sejak kecil.  Gear box ini didatangkan dari Kelantan.  hahaha bila kaki lembu dari Klate baru best, dagingnya banyak dan segar. Abang saya yang membawanya dari Kelantan.  Bila daging segar, kita dapat rasakan baunya semasa merebus lagi.  Saya malas nak membeli kaki lembu di sini, pertamanya kerana tidak banyak isi.  Isinya dilapah licin hingga tinggal tulang jer. Yang kedua, tak segar. Bila direbus jer, kita dah tahu yang ianya daging yang dibeku. Berbeza dengan Kelantan, lembu disembelih hari hari, jadi memang tak jadi masalah untuk mendapatkan bekalan daging segar.


Teringat zaman dulu, bila keluarga membuat qorban, arwah my father akan membawa balik kaki lembu dan dibakar di atas api terlebih dahulu, di kikis kulit bahagian kaki.  Lepas itu dipotong dan direbus.  Tapi kini segalanya lebih mudah, saya tak tengok lagi ada orang membakar atau menyalai kaki lembu.  Segalanya dipermudahkan ...     

Kalau gear box, memang hanya sedap dimasak sup.  Kalau tulang rusuk, boleh juga dibuat singgang. Jadi hari ini, saya hanya memasak sup supaya kuahnya dapat dihirup dan dirasakan kemanisan daging segar.  Cara membuat sup, semua orang pun tahu.  Tapi tak apa lah, saya kongsikan cara saya memasak sup ya.  Jom layannn ...

Sup Gear Box

Kaki lembu dipotong
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Perencah Sup serbuk
Rempah menumis 
Garam
Bawang goreng
Daun sup

Kaki lembu direbus hingga empuk.  
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang.  Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi. 
Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi.  Masukkan garam dan serbuk perasa.  

hmmm best sangat sangat weh ...


bahan bahan diperlukan



buat bawang goreng



tulang kaki direbus



masukkan perencah sup ke dalam rebusan tulang



Potong kecil dan siap dihidang



jangan lupa bawang goreng dan daun bawang
 

Ikan Rebus Goreng


Ikan Rebus Goreng




Ini adalah satu lagi lauk sempoi kesukaan saya dari kecil hingga sekarang. Ikan rebus yang digoreng. Maklumlah saya budak kampung.  Jadi makanan kampung yang ala kadar jer menjadi juadah saya semasa kecil.  Ikan mesti direbus dengan asam keping dan garam dan dibiarkan sekurang kurangnya semalaman.  Lepas itu digoreng dan selepas agak masak, masukkan bawang besar dan cili hidup yang dihiris.  Angkat dan makan dengan nasi putih panas panas atau makan dengan pulut dan kelapa parut.  Saya suka juga makan dengan nasi kerabu.  Pendek kata makanan kesukaan kita semasa kecil akan kekal menjadi kesukaan.  Apa apa ikan pun sedap dibuat ikan rebus goreng. Kalau makan dengan pulut, guna ikan selar kuning atau ikan selayang, di sini dipanggil ikan sardin kot.  Tapi ikan tongkol tetap kegemaran saya untuk dibuat ikan rebus goreng.

Jom kita layan gambar gambarnya ....


Ikan yg direbus dg asam dan garam



bawang besar dan cili hidup hiris


siappp ...

 

Masak Asam Pedas Ikan Belanak


Masak Asam Pedas Ikan Belanak






Musim musim banjir, memang banyak ikan belanak yang dijala di laut dan muara muara sungai di sekitar pantai Bachok. Saya sebenarnya dah lama tak makan ikan belanak kerana sebab sebab tertentu. Namun hari ini, semasa berada di rumah kakak, penjual ikan masuk ke laman rumah membawa ikan belanak yang segar segar. Jadi kakak telah membeli ikan belanak untuk dimasak asam pedas stail Kelantan.

Masak asam pedas yang tidak ditumis ini sedap juga dibuat menggunakan ikan duri atau ikan yang agak berlemak. untuk sedikit kelainan, bolehlah kita mencuba masakan ini. Jom kita tengok resepinya di bawah, jom layannnn ....


Masak Asam Pedas Ikan Belanak

Bahan bahan
7 cili kering
5 bawang merah
1 ulas bawang putih
5 asam keping
5 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa
sedikit daun kesum

Cara cara
Blend semua sekali kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan dalam periuk dan masukkan air se cukupnya. Rebus sehingga menggelegak, baru dimasukkan ikan.

Masukkan garam dan daun kesum. Sesuaikan rasa. Boleh dimakan dengan nasi putih panas panas.

bahan bahan diperlukan, blend kecuali asam keping

ini lah dia ikan belanak

yang telah disiang dan dibersihkan

masak atas dapur  bahan kisar dan asam keping


masukkan ikan bila kuah menggelegak

biarkan seketika

masukkkan daun kesum, garam dan perasa

Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan


Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan




Semasa ber bbm dengan geng geng Kolej Ketiga UM, saya tiba tiba rasa ingin balik memasak.  Sebelum balik ke rumah, hubby singgah di kedai runcit untuk membeli bahan bahan untuk dibuat cucur udang.  Sebaik masuk ke kedai, terpandang ikan tongkol putih dan ikan tongkol hitam.  Bertahun lamanya saya mencari ikan tongkol putih yang biasa dibuat lauk nasi dagang Terengganu. Ikan tongkol hitam pula yang digunakan untuk lauk nasi dagang Kelantan.  Saya terus membeli seekor ikan tongkol putih. Hajat hati untuk direbus dan digoreng dengan bawang besar dan cili hidup keesokannya.  Ikan rebus goreng memang lauk kegemaran saya tapi ikan rebus tersebut mestilah dibiarkan sekurang kurangnya semalaman. Ikan direbus dengan asam keping dan garam yang agak banyak sehingga air rebusannya tinggal sedikit sahaja. 

Sesampai di rumah, hubby minta saya masak untuk makan malam anak anak. Jadi saya memutuskan untuk memasak gulai stail Kelantan.  Ini adalah resepi gulai keluarga saya yang menjadi masakan gulai kami sejak dahulu. Sejak kecil, resepi gulai ini lah yang saya pelajari dan yang saya masakkan.  Namun sudah sekian lama, saya tidak memasak gulai ini.  Kiranya gulai ini adalah gulai yang digunakan sebagai lauk nasi berlauk pagi di Kelantan.  

Jika mahu dibuat nasi berlauk, makan dengan nasi putih, sambal cili dan ikan gulai serta timun atau kacang panjang tadi. Dibungkus pulak dengan berlapik daun pisang.  Alahai sedapnya... Malam ni saya makan menambah nambah dan rasa bersalah kerana merosakkan diet saya ... 


Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan

Bahan bahan:
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 biji cili kering
3 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula

Timun, Kacang Panjang atau Cili hijau Kelantan (jika suka)

Ikan direbus dengan asam keping dan garam seperti gambar di bawah.  Kesemua bahan di atas di blend. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu. Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak.  Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.  





Gulai Lemak Ikan Keli Lembut


Gulai Lemak Ikan Keli Lembut




Saya memang sejak kecil sangat suka dengan ikan keli lembut yang banyak terdapat di sawah sawah padi terutama musim banjir.


Gulai Lemak Ikan Keli Lembut

Bahan bahan
4 cili kering
1 inci kunyit hidup
beberapa hiris lengkuas
4 bawang merah
sedikit rempah ketumbar
asam keping
Garam gula
sedikit daun kesum

Blend kesemua bahan di atas kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan bahan kisar, asam keping dengan santan sehingga menggelegak. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak.

Bila dah menggelegak, masukkan ikan dan kacau rata.  Masukkan garam, gula dan daun kesum.  Sesuaikan rasa dan angkat.


masak bahan kisar dengan santan

inilah dia ikan keli lembut kesukaan saya

setelah menggelegak, masukkan ikan

,masuk daun kesum, garam, gula dan asam keping

siap dihidang dengan nasi panas panas

ikan keli lembut yang digoreng