Friday, February 1, 2013

Spaghetti alla Bolognese


Spaghetti alla Bolognese



Saya memasak spaghetti alla bolognese dengan baked tomato and beef sauce atau ringkasnya spag bol sebagai menu utama untuk hi tea bagi sesi fotografi majalah hari ini. Sosnya saya dah mula masak malam tadi dan direnihkan sehingga pagi ini.  Bolognese sauce dikenali sebagai ragu alla bolognese dalam bahasa Itali adalah adunan sos berasaskan tomato dan daging.  Selain dari spaghetti, saya juga menyediakan beberapa menu lain. Kenapa saya memilih resepi ini adalah kerana ianya adalah resepi tradisional orang orang Itali dan ianya dimasak dengan sedikit berbeza dari cara biasa yang saya masak spaghetti bolognese di mana sos nya di bake di dalam oven terlebih dahulu. Namun begitu, saya tak bake pun, sebaliknya merenihkan beberapa jam dalam slow cooker yang memang dah lama tak digunakan.

Tapi bukan nak cakap atau puji lah, semerbak bau di dapur saya dengan bau sos spaghetti yang sangat sangat yummy. Saya masak spaghetti dulu dulu, rasanya tak jadi macam ni. Ini mungkin sebab resepi baru dan saya belajar betul betul cara memasaknya, langkah demi langkah berulang ulang kali. Memang tak sabar sekali untuk menikmatinya. 

Resepi ini saya perolehi dari website omputih dan saya cuba menterjemahkan dalam bahasa yang mudah. Satu yang saya suka pasal kuah spaghetti ialah sebab boleh buat banyak banyak, simpan dalam freezer.  Bila nak makan, dikeluarkan untuk defrost selama 2 jam atau terus dimasukkan dalam microvave untuk dimakan segera.  Jom kita cuba resepi ini, jom ...


SPAGHETTI ALLA BOLOGNESE

 

500 gm daging cincang
60 ml /4 tbsp olive oil
1 onion chopped
3 carrot diced
3 garlic minced
2 celery stalk
400 gm tomato crushed
200 gm tomato puree
1 tsp oregano
2 tbsp chopped parsley
Grated parmesan cheese
Coarse black pepper

2 bay leaves

500 gm spaghetti 
1 tbsp olive oil
Salt


Cara cara:
Step 1: Panaskan oven pada 180 C


Step 2: Panaskan kuali dan masuk olive oil dan masukkan daging cincang sedikit demi sedikit sehingga berwarna keperangan.  Biarkan masak dalam beberapa minit. Bila daging masak, masukkan bawang cincang, karot, batang saderi dan bawang putih.  Kacau rata rata dan biarkan masak beberapa minit.











Masukkan tomato puree, kacau rata dan masukkan pula chopped tomato. Selepas dikacau rata, boleh lah ditutup api.










Akhir sekali masukkan oregano, garam, bay leave dan black pepper. Kacau rata rata hingga sebati. Sedia untuk dibakar di dalam oven.






Step 3: Bakar Sos Spaghetti.
Masukkan periuk ke dalam oven dan dibakar selama 1 - 1 1/2 jam dan dikacau dari masa ke semasa. Jika di dapati sos agak kering, bolehlah dimasukkan beberapa sudu air (saya tidak membakarnya, hanya memasak dalam slow cooker) .





Step 4: Rebus pasta.
Rebus pasta mengikut masa ditetapkan di bungkusannya. Masukkan sedikit garam dan minyak olive.  Bila masak, tapis air.  Jika tidak terus digunakan, bolehlah dilalukan bawah air paip dan masukkan minyak olive.




Step 5: Hidangkan.Masukkan pasta ke dalam pinggan. Letakkan kuah spaghetti dan taburkan dengan daun parsley yang dihiris dan akhir sekali parmesan cheese yang diparut.



No comments:

Post a Comment