Ayam Percik Putih
Sudah lama saya tak memasak ayam percik, lauk kegemaran saya yang merupakan lauk istimewa orang Kelantan. Kalau dulu ayam percik disediakan di majlis majlis kawin tapi kini tiada lagi. Kalau ada pun, hanya sebagai lauk pengantin sahaja. Ini adalah kerana penyediaan percik yang remeh.
Beberapa tahun lepas, saya ada cuba memasak ayam percik putih atas permintaan Nana di bulan puasa tapi tak berapa menjadi. Sejak itu saya tak lagi cuba memasaknya. Hari ini kakak saya bercadang untuk memasak Ayam Percik sebagai lauk untuk hidangan makan tengahari sebelum saya dan Aween bertolak balik ke Kuala Lumpur sebelah malamnya. Jadi saya pun ambil kesempatan untuk belajar langkah demi langkah untuk dikongsi di dalam blog Azie Kitchen. Jom layan resepinya ...
Ayam Percik Putih
Bahan bahan
Ayam belah 4
6 bawang merah
1/2 inci halia
1/2 asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai
Ayam diperap dengan garam, bawang merah dan halia yang dikisar. Kukus hingga masak. Atau boleh juga dicelur sahaja atau boleh dibakar terus. Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang.
Blend bawang merah dan halia bersama santan. Masak hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping. Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
Kuah percik dilumur pada ayam yang dibakar. Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat di ayam.
No comments:
Post a Comment