Sunday, February 3, 2013

Ayam Masak Kerutuk


Ayam Masak Kerutuk

Ini la rupa ayam masak kerutuk


sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak


Kerutuk adalah antara masakan istimewa keluarga saya di Kelantan. Biasanya dimasak di hari raya, pada majlis kenduri kahwin atau hari hari istimewa yang lain. Setiap kali kepulangan saya ke kampung, kakak sulung saya, Che Hasnah akan memasak kerutuk samada kerutuk itik serati, kerutuk ayam atau daging.

Oleh kerana lama tidak balik ke Kelantan, saya telah meminta anak saudara membeli rempah kerutuk dari kedai runcit yang terkenal di pekan Jelawat. Kebetulan hari ini, hari pertama balik bertugas selepas bercuti raya dan juga hari pertama saya berpuasa enam, jadi saya memikirkan juadah untuk berbuka puasa.

Sebaik sampai di rumah, saya terus masuk ke dapur dan mula memasak kerutuk.  Hahaha jangan tak tahu, sebenarnya ini adalah pengalaman pertama saya memasak kerutuk. Selama ini, saya cuma tukang kacau di kuali jer bila ada kenduri kendara. Jadi terpaksa la memohon talian hayat bagi meminta kepastian sekali lagi cara cara memasaknya. Jom kita layan resepi istimewa kakak saya yang sangat mudah disediakan, cepat dan paling penting meletup.

Ayam Masak Kerutuk

1 ekor ayam (potong ikut suka)

Bahan bahan kisar
2 labu bawang besar
3 bawang putih
sedikit halia

lain lain
4 sudu besar penuh rempah kerutuk
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 serai dititik
asam keping
sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
garam dan gula
Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)

Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang di blend. Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan di blend sahaja tanpa dihiris. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.

Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat.
Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak pekat.


kerutuk berwarna gelap dan agak pekat
 

No comments:

Post a Comment