Ayam Masak Kuzi
Semalam saya sekali lagi memasak Ayam Masak Kuzi yang pernah saya masak dulu. Kiranya ini adalah entri ulangan lah. Kuzi ni adalah masakan istimewa orang Kelantan yang dimasak hanya pada hari hari tertentu kerana agak leceh untuk membuatnya. Saya tak suka untuk selalu selalu membuat kuzi kerana ianya amat berlemak dan tentunya kandungan kolesterol juga tinggi dan tidak bagus untuk diet saya. Apa lagi saya akan makan dengan banyak bila sesuatu makanan adalah sesuatu yang digemari.
Saya menjemput beberapa orang kawan untuk singgah bagi jamuan petang di rumah kami. Pagi tadi team dari majalah MIDI datang saat saya sedang sibuk dan dapur saya sedang berterabur mess kerana sedang menggoreng bahan bahan untuk memasak kuzi. Ayam masak Kuzi ini saya gandingkan dengan roti jala dan juga roti biasa sahaja. Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh juga. Tapi kalau makan dengan nasi putih, kenalah ada lauk pauk lain juga.
Jom kita tengok resepinya di bawah. Jom layannn ....
Kuzi Ayam
Bahan bahan
Ayam potong 12
Bahan perap ayam:
saffron
halia
bawang putih
garam
Potong kiub dan goreng:
hempedal ayam
hati ayam (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar
Bahan goreng:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang
Bahan tumis:
6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte
Cara cara
Panaskan minyak. goreng bawang merah hiris, tos. goreng bawang besar hingga kuning, tos. goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos. goreng hempedal ayam, tos. Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air. Goreng hingga wangi. Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.
Masukkan bahan goreng yang lain spt ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb. masukkan gula dan garam. Masak hingga agak pekat.
Sedap dimakan dg roti jala, nasi minyak dsb.
bawang putih dan bawang merah utk menumis |
antara bahan bahan diperlukan |
ayam diperap dg bawang putih, halia dan garam |
lagi bahan bahan diperlukan |
bawang merah hiris dan bawang besar potong dadu |
bancuh rempah kuzi dg sedikit air |
goreng bawang hiris sehingga garing |
bawang goreng ditumbuk sehingga lumat |
hirisan badam dioreng hingga kekuningan |
kismis digoreng |
bawang besar, badam dan kismis yg telah digoreng |
hati dan mempedal yg telah dipotong dadu dan digoreng |
akhir sekali goreng ayam separuh masak |
tumis bahan tumbuk hingga wangi |
masukkan rempah kuzi |
masukkan sedikit air |
tuang 1 tin susu cair |
masukkan 1 botol sos tomato, jenama del monte tau ... |
masukkan hati dan mempedal |
masukkan bawang besar, badam dan kismis |
kacau rata |
masukkan ayam goreng |
masukkan bawang goreng yg ditumbuk, garam dan gula |
masak sehingga pekat |
siap dihidang .. |
No comments:
Post a Comment