Sunday, February 3, 2013

Gulai Kawah Kelantan



Gulai Kawah Kelantan










Sejak balik dari Kelantan hari tu, asyik dok teringat masakan gulai kawah masa bekwoh rumah kakak. Hajat hati nak masak gulai kawah kambing cara raja berangkat. Tapi hari ni, pergi ke beberapa tempat mencari daging kambing, semuanya tak dijumpai. Akhirnya hubby bawa balik daging lembu dan tulang rusuk sahaja. Saya pun terus memasak gulai kawah. Konon konon nak mempraktikkan ilmu yang dipelajari dari tukang masak sana lah. Saya sebenarnya siap berangan angan nak minta abang saya mengirimkan benih pokok kelapa untuk memudahkan saya mendapatkan bekalan mumban nyior bila saya ingin memasak gulai kawah macam kenduri atau bekwoh di Kelantan. Tapi mana boleh sama, di sana lepas disembelih, terus disiang, bersih dan terus masuk kawah. Terasa kemanisan dagingnya. Di sini, alahai asal dapat daging pun dah cukup ler. Apa apa pun gulai ni sedap sekali, sekarang banyak lift, masuk dan tekan lah untuk naikkan diri sendiri. hahahaha betul waa cakap, ini gulai maanyak sedap. Tadi kita makan sama roti saja.

Dengan bantuan anakanda saya, Juita yang mengupas bawang dan bantuan periuk "pressure cooker"' kerja kerja memasak menjadi sangat pantas. Sekejap jer, dah siap. Saya memasak menggunakan kuali besar ala ala kawah juga lah. Saya sebenarnya ada periuk tembaga yang boleh digunakan sebagai kawah, tapi tinggi tempat menyimpannya. Kuali besar ni pun kira macam kawah juga lah ya. Kawah Nur Qaseh gitu. hahahaha jangan marah.

Kalau nak tengok resepi, boleh rujuk pada entri sebelum ini dengan klik di sini ya.  Di bawah, saya cuma nak tayang gambar gambar yang saya ambik untuk step step menyediakan gulai kawah ya. Jom layannn ....


tumis perkakas menumis dan bahan bahan hiris hingga garing


masukkan rempah gulai kawah, yg Klate tau


Goreng lama lama 


Daging direbus dalam kuali besar ala ala kawah gitu


setelah daging empuk, masukkan rempah gulai tadi


Kacau rata dan masak lagi sehingga sebati


setelah daging empuk, masukkan santan


bawang merah yang dihiris


masukkan nisse, gula melaka dari Kelantan ni


sedikit air asam jawa, garam dan gula


sesuaikan rasa dan kepekatannya


Boleh dihidang dengan nasi putih atau dimakan dengan roti bata sahaja

No comments:

Post a Comment