Thursday, October 2, 2014

Masak Lemak Labu Kuning

MASAK LEMAK LABU KUNING


Bahan-bahan:
1 biji buah labu kuning - dibuangkan kulitnya dan dipotong dadu
santan pekat - saya gunakan 1 paket santan kotak
2 tangkai cili merah - dihiris
2 ulas bawang merah kecil - dihiris
1 helai daun kunyit - dihiris halus
sedikit garam

Cara-cara:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama garam, cili merah  serta bawang.
2. Hidupkan api dan masaklah santan sehingga mendidih. 
    Perlu sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.
3. Masukkan labu yang telah didadu tadi. Masaklah sehingga labu tadi lembut.
4. Akhir sekali masukkan daun hirisan kunyit.

No comments:

Post a Comment