KERABU TAUGEH.....
BAHAN-BAHAN
1 kg. taugeh1/2 kg. udang hidup
8 ulas bawang merah
2 biji cili merah
2 biji limau nipis
10 biji cili kering
1 biji kelapa parut
Garam dan gula
CARA MEMBUAT
1.Taugeh dicelur dan ditoskan.2.Cili kering,bawang merah,kelapa dan udang digoreng sehingga kekuningan.
3.Asingkan kelapa daripada bahan-bahan lain dan tumbuk cili kering,bawang merah dan udang hingga lumat.
4.Masukkan kesemua bahan dan gaul hingga rata dan masukkan air limau nipis serta garam dan gula.
5.Gaulkan sekejap,rasalah,apabila cukup rasa hidangkan.
No comments:
Post a Comment