Tuesday, August 19, 2014

Ayam Masak Lemak

Ayam Masak Lemak

1/2 ekor ayam
4 biji cili hidup (1-2 cili padi jika mahu pedas)
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 asam keping
Garam
Gula
Daun limau purut atau daun kunyit
Santan secukupnya

Kisar cili, bawang merah dan kunyit hidup. Masakkan dengan santan hingga mendidih. Masukkan ayam, kacau rata. Kemudian masukkan asam keping, garam, gula dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dimakan dengan nasi panas panas.

bahan yang digunakan

setengah ekor ayam jer

merasmikan periuk baru dari Salamku

masukkan ayam bila kuah mendidih

masukkan garam, gula, asam dan daun limau purut

siap ...

No comments:

Post a Comment