Wednesday, August 20, 2014

Ikan Bilis Goreng Petai

Ikan Bilis Goreng Petai


Bahan bahan:
  • 1 mangkuk Ikan bilis - goreng garing
  • 15-20 biji petai - hiris nipis
  • Sedikit asam keping
  • 1 bawang besar - hiris bulat
  • 4 cili padi - tabur
  • Garam
  • Gula

Tumbuk kasar:
  • 3 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi

Cara cara :
  1. Selepas goreng ikan bilis, goreng petai seketika, angkat dan ketepikan. Boleh  juga petai dimasukkan terus selepas bahan tumis garing tanpa perlu digoreng terlebih dahulu.
  2. Kurangkan minyak dan tumis bahan yang diblender kasar sehingga garing dan masukkan garam dan gula. Boleh juga masukkan sedikit air dan goreng sehingga naik minyak dan agak kering. 
  3. Masukkan petai, asam keping, cili padi dan bawang besar hiris. Sesuaikan rasa dan tutup api. Bila sedikit sejuk, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment