Friday, August 15, 2014

Nasi Ayam

Nasi Ayam

BAHAN-BAHAN
Nasi
-4 cawan beras- dibersihkan dan ditoskan
-1 labu bawang merah -dimayang
-6 ulas bawang putih
-2 inci halia
-4 cawan air rebusan ayam
rempah 4 beradik
-planta untuk menumis
-4 helai daun pandan – dicarik-carik dan disimpulkan
Sup Ayam
-1/2 ekor ayam dipotong saiz biasa
-5 inci halia -dikisar
-1 labu bawang putih-dikisar
sedikit garam
-Air (Lebihkan untuk diambil untuk memasak nasi nanti)
-Bawang goreng
-Daun bawang dan daun sup – dihiris halus
Ayam
- Ayam yang telah direbus tadi
- 1/2 botol kicap cair
- madu
- Minyak untuk menggoreng
Air lada
- 4 biji cili hidup
- 4 tangkai cili padi
- sedikit belacan
- sedikit air rebusan ayam
- sebiji lemon/5 biji limau kasturi-diperah dan diambil airnya
Kicap
-Kicap cair yang digunakan untuk gaul bersama-sama ayam tadi
sedikit sup ayam

CARA-CARA
Nasi
1. Panaskan planta atas api sederhana, tumiskan halia, bawang putih ,bawang besar dan rempah 4 beradik sehingga naik bau.
2. Masukkan beras dan air rebusan ayam dan daun pandan.
3. Masak nasi sehingga masak.
Sup Ayam
1. Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk bersama-sama ayam sehingga empuk dan perasakan dengan garam.
2. Rebus sup ini sehingga ayam empuk.
3.Tutup api dan toskan ayam.
Ayam
1. Gaul semua dalam satu bekas.
2. Panaskan minyak .
3.Goreng ayam sehingga sedikit kekuningan (jangan terlalu lama kerana ayam sudah masak)
Air lada
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga hancur.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk.
Kicap
1. Campurkan bahan-bahan ke dalam satu mangkuk .Nasi ayam – set lengkap

No comments:

Post a Comment