Friday, August 22, 2014

Puding Telur

Puding Telur




Bahan-Bahan

10 biji telur 1 tin susu cair
 1 senduk sederhana gula kasar
 1 sudu perasa vanila

 Cara Membuat

 1.bancuhkan telur atau blender sehingga kembang, kemudian masukkan susu cair dan blender lagi.
2. kemudian masak gula sehingga menjadi cair dan berwarna perang. tuang gula tadi ke dalam loyang.
 3.kemudian massukkan bahan2 yang telah siap diblender ke dlm loyang tersebut dan campurkan dengan perasa vanila 1 sudu.
 4. kukus dalam masa 30 minit atau sehingga naik. untuk pastikan ianya betul2 masak, cucuk dengan garfu dan puding tidak melekat di garfu..
5. sejukkan seketika di luar, kemudian massukkan ke dlm peti ais..ianya lebih sedap dimakan ketika sejuk. 

Thursday, August 21, 2014

Puding Susu Koktail

Puding Susu Koktail




Bahan-Bahan

1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

Cara-Cara

Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.

Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.

Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Pulut Kuning Dengan Rendang Daging

Pulut Kuning Dengan Rendang Daging




Bahan-Bahan
  1. 2 cawan beras pulut
  2. 1/2 mangkuk santan
  3. 1 inci kunyit hidup 
  4. Sedikit pewarna kuning
  5. Sedikit gula
  6. Garam
         Cara Memasak

1.Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat dan dimasukkan sedikit air. Tapis ke dalam beras pulut yang telah dibasuh dan ditos.

2.Kacau air kunyit supaya bergaul rata dengan beras pulut. Masukkan sedikit pewarna kuning, jika suka. Setelah bergaul rata, baru dimasukkan air untuk merendam beras pulut dalam 30 minit.

3.Panaskan pengukus dan kukus beras pulut yang telah ditos selama 15 minit. 4.Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. 
5.Bancuhkan santan dengan Tuangkan santan ke atas pulut dan dikacau rata sehingga sebati.
6. Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga pulut masak sepenuhnya sehingga rasa masin supaya kemasinan secukup rasa bila digaul dengan pulut. 

6.Angkat dan tuang pulut dalam mangkuk semula. Sudukan beberapa sudu santan pekat ke atas pulut. Kepanasan pulut akan memasakkan santan. 

7.Taburkan juga sedikit gula supaya pulut kelihatan cantik bersinar dan berkilat.
8.Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, August 20, 2014

Laksa Pinang

Laksa Pinang




Bahan bahan
Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam

Bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina

Cara cara:
1.Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian tulang diblend dan ditapis airnya.
Cili padi 
2.Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
3.Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.
4.Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Taburkan bahan bahan dan sayuran yang di hiris

Mee Kari Kerang

Mee Kari Kerang




Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis

10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula

Air secukupnya  

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Utk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng

Cara-cara
1.Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis 
airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.

3.Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.

 4.Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.

5.Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
6.Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.

Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.

Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
Tuangkan kuah di atas mee tadi. 

Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng. 

Sedia untuk dimakan

Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung



Bahan-Bahan

Nasi secukupnya
3 ketul dada ayam - potong kecil
6 bawang merah
4 bawang putih
3 sb cili kisar
3 biji telur
Garam
Karot - potong dadu
Lobak - potong kecil
Cili merah - hiris
Bawang goreng.

Cara Memasak

Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili menjadi garing. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam masak. Masukkan sedikit air untuk memasakkan ayam.

Setelah ayam masak, masukkan karot dan kemudian lobak. Kacau sehingga layu.

Ketepikan dan tuang telur ke dalam kuali, kacau rata dan cepat cepat masukkan nasi supaya ianya bersalut dengan telur.

Masukkan garam dan serbuk perasa, jika suka.


Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan cili merah dan bawang goreng.

Sambal Paru

Sambal Paru








Bahan A


  1. 300gm paru (di potong kecil selepas rebus.
  2. 1 sk garam
  3. 1 1/2 sk serbuk kunyit
  4. Air secukupnya untuk merebus
  5. 2 cawan minyak untuk menggoreng.


Bahan B

  1. 1 - 1 1/2 cawan cili kering kisar(yang telah di kisar dengan bawang merah, bawang putih dan belacan)
  2. 1 labu bawang besar (di hiris nipis)
  3. 1/2 sk asam  jawa extra adabi
  4. 1 sb gula / gula melaka
  5. 1/4 cawan minyak masak
  6. 1 1/2 cawan air 
  7. Secubit garam



Cara-cara

  1. Rebus paru selama 20 minit.
  2.  Ratakan garam dan serbuk kunyit pada paru tadi dan goreng hingga rangup. Toskan lebihan minyak dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali atas api yang sederhana.
  4.  Tumiskan cili kisar hingga naik minyak dan bau.
  5.  Masukkan bawang besar, asam jawa, garam, gula dan air dan masak sehingga kering. 
  6. Masukkan paru yang telah di goreng tadi dan gaul rata. Sedia di hidang.