Ikan Sardin Masak Sambal
Bahan-Bahan
1 tin sardin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
1/2 biji cili merah
1 sudu besar cili kisar
Garam
Serbuk perasa
Tumis bawang merah dan bawang putih hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga betul betul garing.
Asingkan ikan sardin dan sos nya. Masukkan ikan sardin supaya ikan boleh tergoreng terlebih dahulu. Selepas ikan agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa, cili merah hiris dan bawang besar hiris. Boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

tumis bawang putih hingga kekuningan |
baru masukkan bawang merah |
lepas itu, masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing |
goreng ikan sardin dalam sambal dan ikan dibalik balikkan |
bila ikan dah bergoreng, baru masukkan sos sardin |
masukkan sedikit air, bawang besar dan cili hiris |
tadaaa ... siap |
No comments:
Post a Comment