Wednesday, August 20, 2014

Kari Telur

Kari Telur


BAHAN-BAHAN :

4 biji telur - direbus
3 cawan santan - boleh tambah
2 sudu udang kering
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan telur dan direbus sampai masak kemudian kupas kulit telur . Kelar-kelar sekeliling semua telur dan ketepikan dulu . Basuh udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap dan masukkan gula , kerisik dan . Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau kuah ini ,dimasukkan semua telur tadi . Perlahan-lahan kacau semua bahan-bahan , biarkan kari ni sampai mendidih serta telur sudah cukup mesra dengan kuah , boleh la ditutup api . Dah pun masak....

No comments:

Post a Comment