Tuesday, August 19, 2014

Ikan Cencaru Goreng Sumbat Sambal

 Ikan Cencaru Goreng Sumbat Sambal

Bahan Utama
  • 2 ekor ikan cencaru di belah belakang.
Cara hendak membuatnya 
  • Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi sebentar dan toskan.
  • Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Masukkan sambal ke dalam ikan dan goreng dalam minyak yang
  • banyak


Untuk Sambal 
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
  • sedikit minyak
Cara menyediakan sambal
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2. Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan,
 toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan
 garam.
3. Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis. Pastu sumbat
 dalam ikan guna sudu.
 

No comments:

Post a Comment